Home » » KENAPA AIR PENTING UNTUK KITA??!

KENAPA AIR PENTING UNTUK KITA??!

WRITTEN BY RAIHANA RAMLAN ON Thursday, December 21, 2017 | 23:21

Assalamualaikum semua! 


Harini ana nak bagi sikit maklumat dan tips untuk dapatkan badan slim ala-ala model instafamous, ataupun you guys nak muka flawless acah-acah Fazura. Haaa bohong la you guys taknak, ana bagi tips ni pun sebab ana dah rasa sendiri effect dia. Teka sikit apa tips dia, cer tekaaa....




Haaaa MINUM AIR MASAK BANYAK-BANYAK, tu je tips dia! hahaha okay la tak shocking pun sebab you guys sendiri dah baca kat title atas tu.

But seriously, ana nak share kenapa air sangat penting untuk kita. Okay mesti you guys dah sedia maklum, but sebetul-betulnya, you guys amalkan tak? Haaa itu persoalannya.! Ana nak share sebab ana nak you guys alert this as benda yang penting.

Bukan makan makanan yang berkhasiat , amalkan gaya hidup yang sihat saja yang penting, tapi amalan dan cara minum air lagi-lagi air putih/air masak juga memberikan effect untuk kehidupan seharian kita.

First of all, biar ana share dulu effect dan tanda-tanda badan kurang air !


TANDA-TANDA BADAN KEKURANGAN AIR.


1. MULUT KERING & LIDAH BENGKAK

You guys boleh tengok sendiri bibir you guys kering, mengulas or merekah, tak seksi pun okay, itu tandanya badan you guys bagi signal yang badan kekurangan air, begitu juga dengan lidah yang nampak bengkak daripada biasa, biasanya akan berlaku ketika you guys dalam keadaan yang sangat haus!


2. JANTUNG BERDEBAR- DEBAR

Aliran darah boleh berkurangan disebabkan oleh dehidrasi. Ia akan menyebabkan jantung berdebar-debar secara tiba-tiba disebabkan oleh perjalanan sistem badan.



3. PENING

Dehidarsi boleh menyebabkan anda pening atau pengsan Biasanya terjadi ketika you guys bangun dengan cepat daripada posisi duduk or tidur.


4. MUDAH PENAT

Bila air kurang dalam badan, aliran darah pun akan berkurangan dan tekanan darah turut menurun. Oksigen dalam darah juga akan berkurangan. Ini akan menyebabkan otot dan saraf bekerja dengan lambat dan menyebabkan you guys senang penat!


5. KEJANG OTOT

Kekejangan otot biasanya berlaku kepada atlet atau orang yang aktif bersukan. Apabila melakukan aktiviti, badan akan berpeluh dan mengeluarkan air yang sangat banyak. Justeru, you guys akan senang terkena kekejangan otot terutamanya yang banya digunakan seperti betis kalau tak minum air


6. AIR KENCING BERWARNA KUNING PEKAT

Bila badan you guys kurang air, buah pinggang akan automatik cuba menjimatkan air dalam badan dengan mengurangkan pengeluaran air kencing. Tapi badan tetap juga perlu buang air kecil dan akibatnya, air kencing akan nampak gelap dan berwarna kuning pekat.


7. SUSAH NAK BUANG AIR BESAR

Seksanya rasa kalau terpaksa meneran berjam-jam dalam bilik air. Antara faktornya badan kurang air dalam usu, menyebabkan tahi menjadi keras dan kering. Sebab itu susah nak keluar dan menyakitkan!


8. PANAS DALAM BADAN

Pernah tak you guys tiba-tiba rasa panas semacam, tapi badan tak berpeluh pun? Jika pernah, itu petanda badan you guys kurang air. Apabila badan kurang air, suhu badan you guys akan meningkat. Jangan selalu amalkan perkara ini, takut sistem organ terjejas.


9. AIR MATA KERING

Aduh! Asal bahang sangat kat mata ni? Pernah rasa tak macam ni? Itu bermakna mata you guys tidak lagi mengeluarkan air mata yang bertujuan mencuci dan melembapkan mata, disebabkan kurang air. Mata akan jadi kemerah-merahan dan kering.


10. KULIT JADI KURANG KENYAL

Cuba cubit bahagian lengan you guys, then perhatikan. Kalau nampak kurang kenyal atau lambat kembali kepada bentuk asal, itu bermakna you guys mengalami dehidrasi, iaitu kurang air dalam badan. Segera dapatkan air dan minum!


Related image

Okay you guys dah baca tanda-tanda kekurangan air dalam badan, sekarang ana nak share pulak kebaikan dan kelebihan air untuk kita. Jom baca?

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN AIR?


1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


Yes, semua maklumat ana nak you guys simpan elok-elok dan cuba amalkan. Tak rugi pun kan?






SHARE

MEET THE AUTHOR RAIHANA RAMLAN

0 COMMENTS :

Post a Comment

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Feel free to comment on the entry.